‘Umrah |
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Umrah ke Umrah yang berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya manakala Haji yang mabrur pula tidak ada balasan selain syurga.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka.
Jika jemaah Umrah di Mekah ingin
mengerjakan Umrah sekali lagi, dia bolehlah berihram dari Masjid
Sayyidah Aisyah r.a (di Tan'im) kemudian kembali semula ke Mekah untuk
melakukan tawaf dan saie.
|
No comments:
Post a Comment